Friday, September 2, 2011

Kehidupan ku yg sementara..

Seorang musafir yang hanya menumpang tidur di bawah sebatang pohon pasti tidak akan menghabiskan seluruh usianya untuk terus menghuni di bawah pohon tersebut biarpun pohon itu rendang dan indah dipandang mata. Ini kerana, seindah mana pohon tersebut dan seredup manapun bernaung di bawahnya, tetap sahaja, ia bukanlah tujuan musafir tersebut memulakan perjalannya.
Begitulah juga kehidupan duniawi ini dengan maknanya yang lebih luas. Banyak ayat-ayat Al-Qur’an dan hadis-hadis menceritakan hakikat betapa manusia ibarat musafir yang melalui sebuah perjalanan menuju akhirat lalu singgah sebentar dalam kehidupan dunia untuk mengumpul bekalan bagi menuju negeri yang abadi.

Hanya Kelalaian

Setiap jiwa manusia mengakui hakikat kematian. Bahkan, orang-orang Islam pula mempercayai adanya kehidupan yang lebih kekal setelah kematian. Antara petunjuk-petunjuk yang menguatkan lagi hakikat kematian dalam diri seseorang adalah kematian insan-insan di sekelilingnya. Datuknya, neneknya, ayahnya, jirannya, temannya atau siapa sahaja yang meninggal dunia di sekitar kehidupannya, maka kematian mereka adalah cerminan terhadap hakikat betapa dirinya juga menuju kematian sebagaimana mereka yang telah sampai ajal kematiannya.

Hakikat ini adalah suatu kepastian, namun ramai manusia tidak mengumpul bekalan Akhirat dengan ketaatan tetapi malah memilih untuk melakukan maksiat dan terus menderhakai Allah s.w.t. hanyalah kerana kelalaian mereka semata-mata. Mereka sedar, dalam hati kecil mereka sentiasa membisikkan kerugian menjalani hidup tanpa ketaatan, namun kerana nafsu ammarah juga yang diikuti, maka mereka tetap sahaja mencari penderhakaan dan meninggalkan ketaatan dan ibadah dalam kehidupan.

Sangat jelas betapa mereka hanya tertipu dengan nafsu sendiri, setelah hakikat terlalu jelas dalam penghayatan mereka. Orang yang membina rumah bagai mahligai di dunia juga tahu, dia tidak akan menghuni di dalamnya untuk selama-lamanya. Tetapi, dia tetap sahaja sibuk mengumpul duniawi untuk kepentingan sendiri dan cuai daripada melakukan ketaatan dan tidak membelanjakan sebahagian hartanya untuk tujuan ibadah dan ketaatan.

Sebaik-baik Penasihat

Bukan tidak ada yang mengingatkan orang-orang yang lalai tentang hakikat kesementaraan dunia dan ancaman neraka di hari akhirat bagi kelalaian mereka di dunia. Namun, jika diri sendiri tidak mahu untuk memilih cara hidup yang benar dan baik, maka tiada siapa lagi boleh menasihatinya.

Sebaik-baik penasihat kepada seseorang adalah dirinya sendiri. Para ulama’ sufi memanggil unsur nasihat dalam diri tersebut sebagai “kejujuran”. Jika seseorang itu jujur untuk kembali kepada Allah s.w.t., maka akan terbentang jalan yang luas untuk sampai kepada ketataan kepada-Nya. Ukurannya adalah sejauh mana seseorang itu sanggup menerima hakikat betapa dirinya hidup di muka bumi ini sekadar seorang hamba kepada Tuhannya yang perlu melakukan tanggungjawab kehambaan kepada-Nya.

Seseorang tidak perlu mencari jawapan siapa dirinya terlalu jauh kerana jawapannya ada di dalam dirinya sendiri. Suatu ketika dahulu, dia tidak wujud di dunia ini. Kemudian, setelah dia wujud, pastilah dia menghayati suatu makna bahawasanya “dirinya” diwujudkan daripada tiada kepada ada. Maka, apabila dia diwujudkan, pastilah ada maksud dan tujuannya daripada Tuhan yang telah menciptakannya. Kehidupan yang Sementara

Ini mendorong seseorang mencari hubungan dengan Tuhannya di samping menjadi tujuan sebenar dia diciptakan oleh Tuhannya yang Maha Bijaksana. Oleh yang demikian, Allah s.w.t. mengingatkan di dalam Al-Qur’an bahawasanya manusia tidak pernah diciptakan sia-sia tanpa tujuan. Bahkan, maksud daripada penciptaan mereka sangat murni dengan tujuan hidup yang sangat mulia iaitulah untuk menjadi hamba kepada Allah s.w.t. serta khalifah bagi Allah s.w.t. di muka bumi ini.

Ajaran Islam sudah mengajar manusia tentang makna dan hakika kehidupan ini. Hidup tanpa tujuan adalah suatu kepalsuan. Jika manusia itu kosong tanpa mengetahui apa ingin dicari dalam perjalanan kehidupan, maka, jiwanya akan tersiksa kerana kematian bukanlah penghujung perjalanan. Maka, sesiapa yang inginkan kehidupan yang sejahtera setelah kematian, hendaklah dia menunaikan tugas kehambaan selagi masih meniti usia kehidupan.

Janganlah Lalai

Hentikanlah kelalaian daripada melakukan tugas kehambaan segera. Kembalilah kepada ketaatan serta-merta. Ketahuilah betapa hidup ini tidak tahu bilakah akan sampai ke penghujungnya. Sedangkan, kematian itu adalah suatu permulaan baharu yang lebih mencabar dan menggerunkan bagi mereka yang lalai.

Dengan kelalaian inikah kita ingin pulang bertemu Ilahi setelah mati? Dengan kebiadaban inikah kita ingin berdiri di hadapanNya sewaktu hari Perhitungan? Alangkah tertipunya andai masih terus tertawa, sedang amalan masih belum terkumpul utuk dibawa. Alangkah malangnya andai masih terus terlena, sedang usia semakin sirna.
Kembalilah kepada-Nya dengan ketaatan, sebelum kembali kepadaNya tanpa amalan. Kembalilah kepada-Nya dengan kejujuran, sebelum kembali kepadaNya dengan penuh sesalan.
Manusia menderita kerana biarpun dia tahu dia akan mati, tetapi tetap sahaja menjalani kehidupannya seolah-olah hidup selama-lamanya di muka bumi ini. Orang yang usianya dilanjutkan oleh Allah s.w.t. juga akan melalui usia tua yang tidak mampu menikmati kehidupannya sebaiknya. Maka, samada seseorang itu mati lalu tidak lagi menikmati kehidupan ini, atau melalui kehidupan tua yang juga hampir kehilangan kebanyakan nikmat kehidupan duniawi ini, mengapa tidak kembali kepada realiti, bahawasanya kita di dunia ini sekadar untuk mengumpul bekalan bagi negeri akhirat yang abadi?
Sabarlah dalam mentaati Allah s.w.t., dalam kehidupan duniawi yang semakin hari semakin menuju penghujungnya. Ia justeru membawa kepada kebahagiaan yang abadi di akhirat nanti. Pilihlah kebahagiaan abadi daripada kelalaian dan kenikmatan palsu yang fana ini. Tiada nilainya kelazatan, kenikmatan, kepuasan hatta kebahagiaan jika ianya sekadar mimpi, lalu ketika kita terjaga, semua kelazatan, kenikmatan dan kepuasan tersebut lenyap begitu sahaja.
Maka, dunia juga begitu. Akhiratlah jua yang hakiki. Marilah keluar daripada prasangka kelalaian menuju keyakinan yang tinggi dengan ketaatan yang murni agar dapat mencapai kebahagiaan di akhirat yang abadi dan redha Allah s.w.t yang menjadi kemuncak kebahagiaan sejati.

Monday, April 4, 2011

aNugEraH tEriNdah daRi DIA. :)

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Cinta, suatu perasan yang sukar digambarkan melalui kata-kata. Ia hanya dapat dinikmati secara mengalaminya sendiri. Cinta tidak dapat dipelajari tetapi dialami. Uniknya cinta kerana ia jelmaan kasih sayang yang teragung.

Sekiranya cinta sudah tiada di hati anda, tandanya salah satu nikmat Allah telah tercabut daripada diri, sedangkan cinta adalah nikmat teragung Allah terhadap hambaNya. Jika sudah tidak dapat menghargai cinta tandanya nilai kemanusiaan anda sudah mula terhakis. Ketiadaan cinta di hati anda bakal merubah seluruh kehidupan.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulallah s.a.w bersabda ” sesungguhnya Allah Taala berfirman pada hari kiamat kelak; mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan ku ? hari ini ku naungi mereka , dimana tidak ada naugan yang lain selain naungan ku.

Cintailah dirimu terlebih dahulu, mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik, yang berasal dari setitik air yang tidak berharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah…

Semoga di sana mampu melahirkan rasa keagungan; kehebatan terhadapNya; timbul rasa cinta; kasih pada Penciptamu;

Mencintai Allah s.w.t dah Rasullullah s.a.w. melebihi cinta terhadap makhluk ianya cinta yang hakiki; abadi kerana hati yang pecah, retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak; terburai tetapi apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti ia akan bertaut kembali.

“Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yang abadi untuk seseorang insan, kerana ia tidak kekal, cintakan manusia seringkali membuat seseorang itu gagal, kecewa, menderita; tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagian; kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia itu sendiri,” kata-kata Rabiatul Adawiah.


Namun Cinta mampu menjadi motivasi terbaik bagi manusia, merupakan kebahagiaan. Dengan cinta gunung kelihatan rendah untuk didaki. Dengan bahagia lembah kelihatan cetek untuk dituruni. Bercintalah sehebat manapun, selagi tidak membuahkan kebodohan sebagaimana Laila terhadap Majnun, serta pasangan Romeo; Juliet. Cinta ibarat cahaya, bukan pencetus masalah dan pembawa derita. Tidak perlu berkorban kehormatan untuk cinta kerana cinta yang benar-benar suci dan semulajadi menjadikan pemiliknya bertambah matang, dewasa beriman malah berperibadi mulia.

Jika cinta dijelmakan dalam diri ia begitu memotivasi.

Jika diberikan kepada seseorang, ia ibarat menghadiahkan sebukit emas untukya.

Jika dijelmakan dalam rumah tangga, jawapanya adalah kerukunan; persefahaman yang berpanjangan..

Wednesday, March 30, 2011

Sukarnya Ya Allah..

td aku br je bt satu keja bodoh..
kenapa la aku pg msj dy..
mood hilang terus..
dari mood skema,kpd mood jiwang..
adeh.. bongok2..

tp,siyesly aku rse BODOH dan BENGOM td...
masa solat td,nk je nanges je sebab bnda ni..

Ya Allah..
tolonglah...
tolonglah buang benda2 ni dalam hidup aku...
aku btl2 zde daya upaya utk lawan perasaan ni...

Ya Allah...
tolongla...
akurayu pada Mu...

=,=...

Monday, March 21, 2011

aKu jGA mAnusIA biAsa..

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

SubhanAllah..
hati ni seakan-akan meronta-ronta mahu melihatnya,menemaninya,membuat dy tersenyum..
tp Ya Allah,apakan daya,aku x ada dalam senarai rancangan masa depannya..
aku mungkin hanyalah sum1 yang telah byk mencalit memori hitam di dalam kehidupannya..

Ya Allah,
aku tahu aku insan berdosa...
aku byk melakukan salah padanya..
tp aku cuba Ya Allah..
aku cuba utk menjaganya sebaik yang mungkin...
tp mungkin juga dy dah serik bersamaku..
sebab itu dy lantas melupakan aku tanpa menoleh kearahku..

Ya Allah..
terimalah segala taubat ku..
jadilh aku sebaik2 hambaMu yang berdosa..
aku pernah mendengar nasihat dari seorang ustaz, "Allah suka pada seorang tua yg bertaubat,tapi Allah lebih menyukai seorang pemuda yang bertaubat sebelum tiba masa tua nya"
:)..

Ya Allah..
muhammad naim rindu akan temanya dulu..
sgt2..
tp Ya Allah,jgn lah Engkau biarkan rindu dan syg aku kpdnya melebihi rindu dan syg aku kepada MU dan RasulMu..ameen..

Ya Allah,
aku x mampu utk halang perasaan ini..
apa yang aku blh aku bt sekarang hanya lah diam dan terus berdoa moga dy menjadi milikku suatu masa nanti kerana "AKU JUGA MANUSIA BIASA"..

uNtuk Md Naim..

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

Alhamdulillah..
bersyukur kpd Allah kerana aku dan kamu semua masih lagi diberi peluang utk meneruskan saki baki kehidupan dgn keadaan sihat sejahtera..

Aku juga bersyukur kerana aku masih lagi dikekalkan hidayah olehNya utk meneruskn kehidupan sebagai seorang seorang islam..
aku x mahu terus berpuas hati dgn keadaan diriku ini..
aku x mahu jadi seorang islam yang tiada fungsi dalam membantu agama Allah..
aku mahu jadi dai'e..
aku mahu berbakti pada Allah,rasul,ibubapa dan seluruh umat islam..

itu cita2 ku..
tp entahlahh,dgn keadaan diri yang serba kekurangan ni,mungkinkah aku dpt laksanakan itu semua...

jwpnnya adala 'ya' muhammad naim..
anda boleh..
ihklaskan diri,hati dan matlamatmu pd-NYA..
insyaAllah,1 fine day md naim akn dpt melaksanakan cita2nya.. ameen.=)

inspirasiku...

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

alhamdulillah... dapat gak update blog hari ni setelah sekian lama menyeboxkkn diri dgn hal2 dunia yg entah berjasa ataupun hanyalah sia2...

td aku ad terbaca satu artikel kt fb..
meaningful sgt..
disini aku nk share dgn kamu,kamu dan kamu semua.. okeh?! :)

ini kisahnya..
layann...


This is a story between a pencil and eraser which my father shared with me. I find it inspirational. =)

Pencil: I'm sorry

Eraser: For what? You didn't do anything wrong.
Pencil: I'm sorry because you get hurt because of me. Whenever I made a mistake, you're always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time.
Eraser: That's true. But I don't really mind. You see, I was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong. Even though one day, I know I'll be gone and you'll replace me with a new one, I'm actually happy with my job. So please, stop worrying. I hate seeing you sad.

I found this conversation between the pencil and the eraser very inspirational. Parents are like the eraser whereas their children are the pencil. They're always there for their children, cleaning up their mistakes. Sometimes along the way, they get hurt, and become smaller / older, and eventually pass on. Though their children will eventually find someone new (spouse), but parents are still happy with what they do for their children, and will always hate seeing their precious ones worrying, or sad.

All my life, I've been the pencil. And it pains me to see the eraser that is my parents getting smaller and smaller each day. For I know that one day, all that I'm left with would be eraser shavings and memories of what I used to have.

This is to all the parents and children out there.

wah.. dah habis bce ea??
so,btl x gua ckp,meaningful kn..
huhu..

so,ap lg....

HARGAILAH IBUBAPA ANDA...TANPA MEREKA SIAPALAH KITA.

to md naim..
from: md naim.. ;)